Waktu Antarabangsa (Klik Peta Negara Yang Dikehendaki)

BULETIN SKB



KEPUTSAN UPSR 2009
Tahniah kepada semua calon-calon UPSR SKB yang telah berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dan kepada yang kurang berjaya, ingat!! perjalanan masih jauh, terus berusaha untuk mencapai kejayaan di masa hadapan!!

KURSUS BAHASA ARAB DI MUSCAT, OMAN
Seorang guru j-QAF SKB iaitu Ustaz Najmuddin Ghani telah terpilih untuk menyertai Kursus Bahasa Arab di Muscat, Oman anjuran KPM selama sebulan.

SUKAN MERENTAS DESA
Sukan merentas desa akan diadakan pada hari jumaat 6 Febuari 2009 melibatkan murid-murid tahun 3,4,5 & 6.Pihak SKB mengharapkan kerjasama daripada semua pihak, terutamanya penduduk di sekitar SKB dalam menjayakan acara ini.... Thank you wa Syukran!

SUKAN OLAHRAGA PERINGKAT KAWASAN PELAJARAN PAYA 2009
Sukan Olahraga peringkat kawasan pelajaran Paya akan diadakan pada 18 dan 19 Febuari 2009 bertempat di SK Bukit Keteri. Semua murid akan pulang pada jam 11.00 pagi pada kedua-dua hari tersebut dan Pihak sekolah berharap agar murid-murid dapat hadir ke sana untuk mem berikan sokongan kepada atlit-atlit SKB! Moga terus Cemerlang.......

Mesyuarat 2010 SKB

>> Wednesday 30 December 2009

Bermula 30 Disember 2009 telah berlangsung Mesyuarat Induk SKB kali pertama bertempat di Makmal SKB bermula 9.00 pagi. Manakala mesyuarat kali kedua pula berlangsung pada hari ini 31 disember 2009 yang lebih menjuruskan kepada Kurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM) dan Kokurikulum.


GB SKB sedang menyampaikan ucapan dan amanat dalam mesyuarat kali kedua 2010.

 

Inilah sahaja Guru-Guru lelaki SKB, 6 orang sahaja (jejaka melayu terakhir...)






 


Read more...

Tarikh-Tarikh Penting

>> Thursday 10 December 2009

28.12.2009 - Jualan buku/alat tulis di kedai sekolah SKB
30.12.2009 - Mesyuarat Guru kali 1 sesi 2010
31.12.209 -  Mesyuarat JK Induk Kurikulum, HEM & Kokurikulum


01.01.2010 - Pendaftaran Pra Sekolah & Tahun 1
                   - Taklimat Pengurusan Sekolah
                   - Kutipan bayaran tambahan persekolahan 2010
04.01.2010 - Pendaftaran Murid bagi sesi persekolahan 2010
06.01.2010 - Mesy JK Pengurusan Tertinggi kali pertama
09.01.2010 - Mesy Panitia Kali Pertama
11.01.2010 - Perlantikan Pengawas (Penyerahan Warkah Perlantikan)
03.01.2010 - Agihan Rumah Sukan
19.01.2010 - Agihan Persatuan & Kelab
21.01.2010 - Mesy JK Kewangan Kali Pertama
23.01.2010 - (Sabtu) Hari Persekolahan Ganti Cuti Tahun Baru Cina -18 Feb 2010

Read more...

Mesyuarat dan Kursus LDP (ISIS)

>> Friday 23 October 2009

Bertempat di makmal komputer SKB, telah berlangsung dua agenda penting iaitu mesyuarat kali pertama dengan GB baru SKB Pn.Aripah bt Saleh dan juga kursus LDP berkenaan dengan Intergrated Student Information System (ISIS) yang disampaikan oleh cg Aziz bin Othman.Program ISIS ini digunakan untuk merekod maklumat peperiksaan dan pemarkahan murid secara online.


 






Read more...

SKB 2 SESI

>> Tuesday 1 September 2009

Bermula hari ini, 1 September 2009, sesi persekolahan di SKB akan terbahagi kepada dua, iaitu sesi pagi dan petang. Ini adalah kerana kerja-kerja meroboh dan membina bangunan baru sedang dijalankan menyebabkan berlaku kekurangan kelas. Tahap dua (darjah 4,5 dan 6) akan belajar di sesi pagi manakala tahap 1 (darjah 1,2, dan 3) akan belajar pada sesi petang.

Diharap kepada semua ibubapa dapat mangambil cakna tentang jadual persekolahan anak masing-masing. Kerjasama dari semua pihak amat dihargai dan segala kesulitan amat dikesali. Walaubagaimana pun kerja-kerja pembinaan ini perlu dilakukan demi keselesaan anak-anak Beseri Khasnya di masa hadapan, insyaAllah!!

Read more...

Program Permata Pintar UKM2

>> Monday 17 August 2009

Seramai 5 orang murid daripada SKB telah berjaya untuk ke saringan kedua dalam pemilihan murid bagi program Permata Pintar UKM2. Ujian ini telah diadakan pada 18 Ogos 2009 bertempat di PSPN Behor Pulai, Kangar Perlis. Murid SKB yang terpilih ialah Muhammad Aidit Aiman Kamaruddin (4B),Shamsuria Juniany bt Shamsul Mazdy (4B),Shamsuhaila Juhanis bt Shamsul Madzy (3B),Amirah bt Azman (3B)dan Ainin Sofiah bt Saidon (3B). Tahniah kepada semua yang berjaya dan SELAMAT MAJU JAYA!

Read more...

JULAI BULAN MEMBACA DI SKB

>> Friday 14 August 2009

Bersempena dengan julai bulan membaca,SKB telah mengadakan pelbagai acara untuk menarik minat membaca murid-muridnya. Antaranya pertandingan bercerita BM dan BI untuk tahap 1 & 2,pertandingan melukis, jejak maklumat dan lain-lain lagi.

Berikut antara gambar-gambar pertandingan bercerita yang telah diadakan baru-baru ini.



Read more...

Blog Kursus Bahasa Arab di Oman

>> Monday 11 May 2009

Assalamualaikum semua...
Untuk mengikuti berita, cerita dan kisah daripada Oman anda boleh layari blog:

http://www.dgba-oman.blogspot.com/

manakala untuk melihat gambar-gambar yang telah di upload oleh para peserta kursus boleh layari :

http://oman09.ning.com/

Murid-murid SKB boleh berhubung dengan Ustaz Najmuddin di Oman dengan menghantarkan email kepada :

najmuddin74@hotmail.com

kepada semua murid SKB selamat menghadapi peperiksaan dan selamat maju jaya!

SALAM KEJAYAAN DARI OMAN.....

Read more...

LOKASI SKB

About This Blog

  © Blogger template Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP