Waktu Antarabangsa (Klik Peta Negara Yang Dikehendaki)

BULETIN SKB



KEPUTSAN UPSR 2009
Tahniah kepada semua calon-calon UPSR SKB yang telah berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dan kepada yang kurang berjaya, ingat!! perjalanan masih jauh, terus berusaha untuk mencapai kejayaan di masa hadapan!!

KURSUS BAHASA ARAB DI MUSCAT, OMAN
Seorang guru j-QAF SKB iaitu Ustaz Najmuddin Ghani telah terpilih untuk menyertai Kursus Bahasa Arab di Muscat, Oman anjuran KPM selama sebulan.

SUKAN MERENTAS DESA
Sukan merentas desa akan diadakan pada hari jumaat 6 Febuari 2009 melibatkan murid-murid tahun 3,4,5 & 6.Pihak SKB mengharapkan kerjasama daripada semua pihak, terutamanya penduduk di sekitar SKB dalam menjayakan acara ini.... Thank you wa Syukran!

SUKAN OLAHRAGA PERINGKAT KAWASAN PELAJARAN PAYA 2009
Sukan Olahraga peringkat kawasan pelajaran Paya akan diadakan pada 18 dan 19 Febuari 2009 bertempat di SK Bukit Keteri. Semua murid akan pulang pada jam 11.00 pagi pada kedua-dua hari tersebut dan Pihak sekolah berharap agar murid-murid dapat hadir ke sana untuk mem berikan sokongan kepada atlit-atlit SKB! Moga terus Cemerlang.......

SKB 2 SESI

>> Tuesday, 1 September 2009

Bermula hari ini, 1 September 2009, sesi persekolahan di SKB akan terbahagi kepada dua, iaitu sesi pagi dan petang. Ini adalah kerana kerja-kerja meroboh dan membina bangunan baru sedang dijalankan menyebabkan berlaku kekurangan kelas. Tahap dua (darjah 4,5 dan 6) akan belajar di sesi pagi manakala tahap 1 (darjah 1,2, dan 3) akan belajar pada sesi petang.

Diharap kepada semua ibubapa dapat mangambil cakna tentang jadual persekolahan anak masing-masing. Kerjasama dari semua pihak amat dihargai dan segala kesulitan amat dikesali. Walaubagaimana pun kerja-kerja pembinaan ini perlu dilakukan demi keselesaan anak-anak Beseri Khasnya di masa hadapan, insyaAllah!!

Read more...

LOKASI SKB

About This Blog

  © Blogger template Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP